APA YANG AKU TULIS DI BAWAH INI ADALAH DATANG DARI HATI AKU. TIDAK ADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN. AKU AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG AKU TULIS DAN SESIAPA YANG MEMBERI KOMEN, (AKU CAKAP SIANG-SIANG) ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB MEREKA - BUKAN AKU. AKU ADLAH AKU. AKU BUKAN KAU. HITAM ATAU PUTIH IANYA TETAP AKU. JADI KALAU KAU TIDAK PUAS HATI APA YANG AKU TULIS KAU BOLEH KOMEN. HAK AKU NAK SIAR ATAU TIDAK SEBAB DAYAK007.BLOGSPOT.COM ADALAH HAK AKU. ADA FAHAM?????????????????????????? OK

Ini burung ape?... burung murai
Ini burung ape?... burung murai
Ini burung ape?... burung muraiiiii

Ini siput ape?... siput babi
Ini siput ape?... siput babi

Ini cifut ape?... CIFUT LA B.A.B.I






Tuesday, February 9, 2010

Hati Nizar al-Barua macam orang munafik

Di mana persamaan dua keping gambar ini. Semua jawapan hendaklah di email ke alamat nizar07@streamyx.com

Pada 13 Februari 2009, Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Dia yang membawa kes ke mahkamah terlebih dulu, tapi dia juga yang tidak menerima keputusan mahkamah hari ini.

Inilah perangai dan sikap pemimpin Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan Pas). Jika keputusan memihak kepada mereka, maka mereka akan berkata: "Hah, mahkamah kini sudah bebas daripada sebarang pengaruh" dan macam-macam lagi lah yang akan mereka kata.


Tetapi jika keputusan tidak memihak kepada mereka, maka mereka akan kata seperti mana yang dikatakan oleh Nizar KKK hari ini selepas Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa sebulat suara mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan. Kata Nizar gila babi itu:

"Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy. Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara. Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman di beri ruang
sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan. Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh."

Lihatlah perangai Nizar Ngok Ngeh penyokong komunis, pengkhianat bangsa Melayu ini. Masih tak puas hati. Nak lawan kuasa Tuhan. Di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini, penyokong-penyokong lu buat sembahyang hajat di luar Istana Kehakiman minta diberi petunjuk. Maka permintaan mereka dimakbulkan dan Allah memberi petunjuk-Nya dengan memberi kekalahan 5-0 kepada Nizar. Mereka yang sembahyang minta petunjuk, tetapi mereka sendiri tidak dapat menerima petunjuk yang diberikan oleh Allah.



Memanglah hati Nizar dan geng-geng haram jadah ini sudah ditutup. Apa sebab? Sebabnya mereka tidak mahu menerima petunjuk yang diberikan Allah.

Bukan itu saja, dia juga berkata bahawa kemelut kemelut politik di Perak tidak akan selesai sehingga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan. "Kemelut Perlembagaan di Perak belum dapat diselesaikan kecuali hak untuk memilih kerajaan diberikan semula kepada rakyak... mahkamah hanya mentafsir undang-undang," katanya.


Hoi, Nizar!

Kalau lu ada telor, lu dan lu punya geng-geng la letak jawatan Adun. Kalau tak puas hati keputusan mahkamah itu dan kalau nak lihat rakyat memilih siapa. Apa macam ada berani ka. Tak payah lah nak cakap bagi orang sedap dengar.

Orang Perak sekarang dah sedar dan tak mahu jadi macam orang Melayu Pulau Pinang yang kena tindas dengan Cina Lim Guan Engggg.

Itu hari kereta lu dah diterbalikkan. Lu tak sedar ke itu adalah petanda supaya lu bertobat cepat-cepat. Lu ni muka tebal kulit babi ke tak tahu malu. Kalau mahkamah dah buat keputusan tu ikut aje la. Perangai lu pun macam lu punya bapa ayam al-Juburi jugak. Kepala hangguk lu ikut Cina Nga dan Ngok tu buat apa. Lu bidoh la Nizar oiii.

Patutnya darjah Datuk Seri lu tu kena tarik balik atau lu serah balik je sebab hari ini lu perli Sultan Perak. Lu tarak malu pun jadi rakyat Perak.

Berita penuh keputusan mahkamah hari ini:

PUTRAJAYA (Bernama): Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir Perak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.

Dalam penghakimannya, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah telah melaksanakan hak diraja baginda dengan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah baginda mendapat kepastian bahawa penentang Dr Zambry, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat, telah hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan negeri.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu, berkata tidak terdapat sebarang peruntukan dalam Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang mensyaratkan bahawa undi tidak percaya terhadap menteri besar Perak hanya boleh dibuat melalui pengundian dalam dewan undangan negeri.

"Bukti tentang kehilangan kepercayaan terhadap menteri besar boleh diambil daripada sumber lain yang ada. Kami berpendapat, sumber ini, termasuk pengakuan menteri besar itu sendiri dan/atau representasi yang dibuat anggota dewan undangan negeri bahawa menteri besar berkenaan tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan," kata beliau.

Arifin berkata dalam kes kini, Mahkamah Rayuan berpendapat terdapat bukti tentang pengakuan itu oleh Mohammad Nizar sendiri dan satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan ialah sokongan yang dipamerkan oleh 31 anggota dewan undangan negeri kepada BN, yang memberi majoriti jelas kepada parti gabungan itu di dalam dewan.

"Semua ini dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti anggota dewan undangan negeri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohammad Nizar sebagai menteri besar," katanya.

Dalam penghakiman setebal 41 muka surat itu, Arifin berkata, oleh yang demikian, adalah wajib bagi Mohammad Nizar mengemukakan surat pengunduran diri daripada dewan eksekutif, sebaik saja mereka hilang kepercayaan daripada dewan.

"Nizar tidak boleh terus mentadbir setelah hilang sokongan majoriti dan membenarkan beliau berbuat demikian adalah bercanggah dengan prinsip asas demokrasi," kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukanlah penghujung jalan bagi perkara berkenaan kerana Mohammad Nizar bebas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Dr Zambry di dalam dewan undangan negeri atau mengemukakan representasi kepada Sultan Azlan Shah pada bila-bila masa sekiranya beliau berpendapat Dr Zambry tidak mendapat sokongan daripada majoriti anggota dewan undangan negeri.

Beliau juga berkata keengganan Mohammad Nizar untuk berundur setelah dititahkan berbuat demikian oleh sultan, dengan jelas melanggar peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Tiga hakim lain ialah hakim-hakim mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinu­din, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Em­­bong.


Ketika membuat tafsiran tentang Perkara 16 (6), Arifin berkata: "Bukanlah menjadi hasrat penggubal Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa, dalam keadaan demikian, terserahlah kepada perayu (Mohammad Nizar) sama ada hendak melepaskan jawatan atau untuk terus menjadi menteri besar.

Perkara 16 (6) menyebut: "Sekiranya menteri besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti anggota dewan undangan negeri, maka, melainkan atas permintaannya, Duli Yang Maha Mulia Sultan membubarkan dewan undangan negeri, maka beliau perlu mengemukakan peletakan jawatan keseluruhan anggota majlis eksekutif".

Arifin berkata perkataan "shall" (dalam Perkara 16 (6)) perlu dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan secara mandatori kerana jika tidak, ia akan membawa kepada keadaan politik yang tidak menentu di negeri berkenaan.

Konflik siapakah menteri besar Perak yang sah timbul tahun lepas apabila tiga anggota dewan undangan negeri daripada perikatan DAP-PKR-PAS meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota Bebas yang menyokong BN, manakala seorang lagi keluar semula daripada PKR untuk menyertai Umno, lalu menyebabkan BN dan Pembangkang masing-masing mempunyai 28 anggota dalam dewan yang mempunyai 59 kerusi itu.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota dewan undangan negeri daripada DAP Hee Yit Foong (Jelapang) mengikut langkah mereka empat hari kemudian.

Mohammad Nizar, anggota dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, dilantik sebagai menteri besar apabila perikatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, kerajaan pakatan itu tumbang pada 2 Feb tahun lepas apabila Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya berundur setelah baginda mendapat kepastian bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri itu selepas menemuramah 31 anggota dewan berkenaan.

Sultan Azlan kemudian melantik Dr Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Mohammad Nizar.


Kenyataan penuh Zambry dan Nizar selepas keputusan mahkamah hari ini:

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir:


"Pertamanya saya mengangkat rasa syukur kepada Allah dan kedua ingin ucap rasa terima kasih kepada rakyat negeri Perak dan seluruh rakyat yang berdoa akan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran dan sebagai insan saya merasai akan kekerdilan diri saya dan memberi kesedaran kepada saya untuk lebih melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kepada rakyat jelata dan akhir sekali mengharapkan bahawa episod ini berakhir dengan sekalian rakyat jelata khususnya di Perak dapat kembali bersama-sama, bersatu hati tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya ..ini adalah masa untuk kita bersatu dan bekerja, ini harapan dan doa saya.

Perdana Menteri mengharapkan kita meneruskan tugas seperti biasa dan melaksanakan agenda untuk rakyat dan jangan lupa akan peri pentingnya bekerja dan melaksanakn tugas dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat. Saya sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan mengharapkan dalam sistem kita berpolitik tentunya ada had dan batas dan proses telah pun dibuat dan keputusan sudah pun didengar ini adalah masa untuk kita bekerja...selama ini pun saya sentiasa memberi fokus kepada kerja saya kerana itu adalah amanah yang perlu saya pikul dengan sebaik-baiknya.


Saya mengharapkan Pakatan (Rakyat) tidak akan memberi sebarang masalah di Perak kerana ini masa untuk kita bekerja dan bukan untuk berpolitik sepanjang masa. Bagi saya bukan soal penyokong dan bukan penyokong (kerajaan) tetapi bagi saya seluruh rakyat untuk kembali
melaksanakan agenda untuk rakyat dan kita dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin dan sebagai pemimpin adalah tugas kita untuk melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.


Saya tidak mahu komen apa-lah (mengenai dakwaan Nizar bahawa keputusan sudah dirancang dan adalah sejarah hitam bagi mereka) kerana saudara pun sudah lihat kenyataan mereka sebelum ini yang sentiasa bercanggah dan sebagainya dan biarlah dia nak bercakap apa pun kerana rakyat sudah sedia maklum akan kenyataan beliau.

Rakyat boleh mengadili kenyataan beliau sepanjang proses sebelum keputusan mahkamah ini dan semua orang tahu apa dia cakap, apa yang sebelum ini dia cakap, bagi saya apa yang penting ialah menyeru semua pihak termasuk beliau untuk kembali bekerja. Saya boleh jumpa dia (Nizar), tidak ada masalah, anda tahu dia kemalangan pun saya pergi jumpa dia, tidak ada bawa wartawan, ini menunjukkan tanda hormat dan kasih saya kepada sekalian rakyat Perak."

Nizar KKK kata:

"Kita sudah dengar dengan lima hakim Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sebulat suara bahawa rayuan kami ditolak Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan bahawa Zambry dari Umno dan Barisan Nasional adalah Menteri Besar yang sah mengikut keputusan ini. Saya ingin memberitahu bahawa keputusan berkenaan adalah satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia oleh kerana kita merasakan rakyat mahu melihat institusi kehakiman diberi ruang sebebasnya untuk membuat keputusan.


Tetapi apa yang saudara dengar tadi keputusan berkenaan memberi gambaran bahawa institusi kehakiman belum lagi terlepas dan bebas daripada pengaruh. Untuk itu ini adalah saat paling menyedihkan bagi rakyat Malaysia.


Untuk itu, kita mahu memberitahu kepada saudara bahawa kemelut perlembagaan di Perak belum diselesaikan kecuali hak untuk memilih kerajaan diberikan kepada rakyat kerana mahkamah tadi hanya mentafsikan undang-undang. Untuk itu, kami akan memikirkan semula perkara yang disebutkan tadi yang perlu diperhalusi dan dipertimbangkan semula. Kami di Pakatan Rakyat (PR) akan mengkaji semula dan merayu rakyat di Perak dan penyokong PR supaya bertenang dan jangan bertindak di luar dugaan seperti provokasi dan sebagainya.

Kita terima walaupun perkara ini menyedihkan terutama kepada "law abiding citizen" (rakyat yang patuh kepada undang-undang). This is where verdict neglected constitutional principal (keputusan yang mengabaikan prinsip perlembagaan).


Ini yang cukup menyedihkan kerana ia boleh menyebabkan kesan lain, dia akan memberi ruang supaya demokrasi di Malaysia diikat dan lebih kusut oleh kerana seolah menjurus kepada suasana akan datang nanti "absolute monarchy". Maknanya, kita tak payah lagi ada pilihan raya, tak payah ada Parlimen, kerana monarki menetapkan siapa yang jadi pemimpin negeri atau negara..this is highest risk Malaysian are facing now (ini risiko paling besar sedang dihadapi rakyat Malaysia sekarang). Ini yang kita perlu perbaiki balik.


Saya rasa keputusan yang saudara dengar tadi mengetepikan prinsip dalam perlembagaan, walaupun ini bukan keputusan yang kami jangkakan. Kami akan berbincang dengan pemimpin tertinggi parti dan perlu mengkaji secara menyeluruh sebelum mengemukakan semakan kehakiman dalam tempoh terdekat. Kami memang menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan kerana sebagai rakyat kita perlu menghormati kedaulatan undang-undang di negara ini. "

No comments:

Post a Comment