APA YANG AKU TULIS DI BAWAH INI ADALAH DATANG DARI HATI AKU. TIDAK ADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN. AKU AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG AKU TULIS DAN SESIAPA YANG MEMBERI KOMEN, (AKU CAKAP SIANG-SIANG) ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB MEREKA - BUKAN AKU. AKU ADLAH AKU. AKU BUKAN KAU. HITAM ATAU PUTIH IANYA TETAP AKU. JADI KALAU KAU TIDAK PUAS HATI APA YANG AKU TULIS KAU BOLEH KOMEN. HAK AKU NAK SIAR ATAU TIDAK SEBAB DAYAK007.BLOGSPOT.COM ADALAH HAK AKU. ADA FAHAM?????????????????????????? OK

Ini burung ape?... burung murai
Ini burung ape?... burung murai
Ini burung ape?... burung muraiiiii

Ini siput ape?... siput babi
Ini siput ape?... siput babi

Ini cifut ape?... CIFUT LA B.A.B.I






Wednesday, February 10, 2010

Anak Raja Petra cuba bunuh diri...

Raja Azman Raja Petra terpaksa dibawa dari Penjara Sungai Buloh kerana dikatakan menelan sebilah pisau cukur. Selain itu, pihak penjara Sungai Buloh juga mengesan pergelangan tangannya mempunyai kesan kelar.

Anak Raja Petra yang juga editor Malaysia Today itu dipenjara kerana mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tahun lepas terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Dia dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko, dan sejambak kunci motosikal, kesemuanya bernilai kira-kira RM3,850, kepunyaan seorang pelajar, Saipul Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera, U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira 10 pagi, 24 April.

Dia juga dituduh mencuri sebuah motosikal Yamaha 135 LC bernilai kira-kira RM6,000 daripada seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaludin, 23, di tempat dan masa yang sama.

Wardan Penjara Sungai Buloh yang sedang membuat rondaan hari ini terjumpa Raja Azman dalam keadaan lemah.

Namun, Raja Petra pula mendakwa anaknya itu tidak tahan dengan seksaan dialami dalam penjara hingga bertindak demikian.

Aku kenal juga dengan Raja Petra dan pernah berbual dengannya. Kiranya dulu aku pun menjadi penyokong kuat dia, tetapi selepas mengetahui siapa sebenarnya Raja Petra ini aku pun malas hendak ikut lagi.

Lagipun, kisah Raja Petra dan isterinya serta anak mereka Raja Azman ini sudah banyak diceritakan dalam blog-blog. Antaranya, khabar mengatakan Raja Petra kerap memukul Raja Azman hingga menghalau anaknya itu dari rumah.

Ada juga cerita, oleh kerana tidak tahan dengan perangai Raja Petra, isterinya juga pernah menuntut cerai. Entahlah.

Aku pun tak tahu. Tapi kalau nak bunuh diri itu sudah keluar Islam lah.

No comments:

Post a Comment